Sebelum berjanji

 

Janji ya janji.Manusia Jin Iblis mereka boleh berjanji dan memberi harapan dan keseronokkan kepada mereka yang dijanji.Tertipu dengan janji-janji yang sememangnya tidak mampu tertunai tapi janji sekadar untuk puaskan hati sendiri dengan merasakan diri lebih baik.

 

Patahkan harapan pada yang termakan janji adalah sangat keji dan hina.

Jangan berhutang dengan janji.Kerana janji boleh mematikan sekiranya si pejanji itu memungkiri janji.

Jangan bermulut manis tapi jejaklah atas bumi yang nyata.Tidak mampu cakap sahaja tidak perlu memberi harapan palsu.

Si pejanji suka memberi alasan katanya banyak masalah belum rezki.Kenapa sebelum berjanji kau tidak fikirkan tentang rezki.Engkau berjanji membuta tuli.Apabila orang menuntut janji kau boleh kata yang mereka pentingkan diri sendiri sedangkan sewaktu kau berjanji kau lah manusia yang mementingkan diri sendiri.

 

Mengharapkan apa yang tidak pasti.Jika engkau tidak pasti janganlah berjanji kerana luka dimungkiri itu lebih parah dari luka mereka yang telah dijelaskan situasi sebenar.Jangan memberi harapan palsu yang boleh menyebabkan hati gembira sekarang tetapi sengsara di depan nanti.

Comments

Leave A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.